Dalam keheningan malam,
aku sendirian tanpa ditemani sesiapa,
hanya dikau yang aku tunggu,
hanya dikau yang aku rindu.
Kita selalu bergurau senda,
dan mungkin suatu masa nanti,
aku tidak lagi dapat wujudkan,
wujudkan senyuman di bibir mu.
Tapi,,,
Senyuman dikau selalu membahagiakan aku,
aku minta pada diri mu,
senyumlah untuk diri ku walaupun aku sudah tiada,
kerana itu tanda kenangan kita.
Aku tidak suka air mata derita mu,
yang aku impikan air mata gembira mu,
mengalir membasahi pipi,
seiringan gelak tawa tanpa sepi.

No comments:
Post a Comment